Aku mencintai-Mu kerana dua sebab,
yakni cinta kerana nikmat-Mu, dan kedua
cinta kerana Engkau patut dicintai
cinta pertama menyibukkan aku mengenang-Mu
cinta kedua membuat aku menyerahkan cinta yang
wajar kerana Engkau singkapkan tabir supaya
aku berpeluang memandang wajah-Mu
sungguh dalam kedua dua cinta ini, tiada yang
patut kupuja selain-Mu, kerana hak-mulah
segala sanjungan dan pujian.
Wahai kekasihku, cukuplah engkau untukku
limpahkanlah belas kasih-Mu
kepadaku yang berdosa mendekati-Mu
Engkaulah satu satunya tempat pergantunganku
Engkau juga sandaran, ketenteraman dan keasyikanku
sungguh seluruh relung hatiku teruntuk buat-Mu.
Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang paling layak menerimanya. Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalas Cinta. Cinta itu harus menyeluruh sifatnya. Cinta itu mestilah ikhlas dan jujur (Rabiah al-Adawiyah).
0 comments:
Post a Comment